Tuesday, 20 November 2012

FESYEN TERKINI


  • Himpunan koleksi yang segar daripada Zleqha.
WARNA sering dianggap elemen penting dalam penataan gaya kerana gabungan yang sesuai dengan personaliti menyumbang ke arah keserasian penampilan empunya diri dan menjadikannya sebagai tarikan dengan hasil padanan yang dikenakan unik dan berani.

Sama ada terang atau gelap, warna tetap memberikan identiti yang menakjubkan.Malah, ia juga memainkan peranan penting dalam menjayakan kehidupan harian manusia.

Tahun ini, pemilihan warna pada rangkuman fabrik dilihat semakin menyerlah. Permainan gabungan warna tampil lebih kreatif berbanding sebelum ini kebanyakan rekaan tertumpu pada himpunan elemen semula jadi dan lembut.

Biarpun pada mulanya tampak agak janggal, penggiat dan penggemar fesyen tidak teragak-agak melakukan eksperimen terhadap persalinan yang diketengahkanbagi menonjolkan kelainan kepada si pemakai. Melihat fesyen masa kini, wanita mampu berdiri di khalayak ramai dengan mengenakan persalinan berkonsepkan warna berlawanan seperti kuning dan merah.

Penerapan gaya moden masa kini juga tidak lagi terjurus untuk mereka yang dilabel seksi, sebaliknya perhatian seakan beralih menyentuh wanita Muslimah yang kelihatan lebih berkeyakinan tampil anggun dalam persalinan dipilih jika padanan hijab dan aksesori digayakan dengan betul.


Mengetengahkan fesyen kontemporari untuk wanita Muslimah, Zleqha memperlihatkan koleksi persalinan dengan memainkan gabungan warna terang dan ceria menghidupkan fantasi santai mahupun elegan di samping mengekalkan keutamaan syariat Islam dalam rekaan yang ringkas dan menarik.

�Koleksi kami lebih memberi penekanan terhadap mainan warna yang terdapat dalam sentuhan fabrik songket lama yang tidak diketahui ramai. Daripada kajian itu, tercetusnya pemilihan warna seperti yang dilihat dalam koleksi kali ini.

�Warna memainkan peranan penting terhadap penampilan seseorang dan menerusi koleksi seperti ini. Ia secara tidak langsung mampu melahirkan suasana yang menceriakan apatah lagi menjadi peminat Muslimah tampil lebih berkeyakinan dan sekali gus tidak ketinggalan dengan aliran fesyen yang berkembang deras,� kata pemilik Zleqha, Fazlin Zulkifli.
    

No comments:

Post a Comment